SECTIONS

Showing posts with label BAHASA MELAYU. Show all posts
Showing posts with label BAHASA MELAYU. Show all posts

Friday, December 6, 2013

KATA-KATA SEMANGAT



BIAR ORANG LAIN KATA KITA PELIK,KERANA SEBENARNYA KITA TAHU YANG KITA TAK PELIK ,CUMA CARA DAN FIKIRAN KITA UNIK DAN KRETIF- FARIDAH AKAMERA

Thursday, December 5, 2013

AWASI MATA KAMU

Alamak, bangun sahaja dari tidur, mata melekat tidak boleh dibuka .peritny terasa seperti bebola mata ingin keluar.pernah mengalami keadaan ini? Awasi mata kamu daripada penyakit tersebut. Sakit mata bukan hany penyakit biasa kerana ia mampu berjangkit dari orang lain. Dapatkan rawatan doktor segera jika kamu mempunyai simpton-simpton seperti di bawah:-
  
Jangkitan mata
  • ·         Satu penyakit mata yang disebabakan oleh bakteria;viral atau agen fungal.
  • ·         Terdapat beberapa jenis jangkitan mata, akibat dari sebab-sebab berlainan dan setiapnya memerlukan rawatan yang berbeza.
  • ·         Jangkitan boleh berlaku di mana-mana bahagian mata atau kedua-dua belah mata.
  • ·         Boleh berjangkit dengan semua orang tak kira berapa usia mereka. 
 Jenis-jenis penyakit mata
  • ·         Pink Eye (conjunctivitis)
  • ·         Stye
  • ·         Blepharitis
  • ·         Cellulitis
  • ·         Keratitis
  • ·         Corneal Ulcer
  • ·         Trachoma
  • ·         Virus Herpes Simplex
  • ·         Herpes Zoster (shingles)
Tanda-tanda
  • ·         Kemerahan mata
  • ·         Rasa gatal di bahagian mata
  • ·         Rasa tidak selesa
  • ·         Penglihatan jadi kabur
  • ·         Air mata berlebihan
  • ·         Sakit mata
  • ·         Bengkak di kelopak dan bahagian sekitar mata
  • ·         Pengulasan di kelopak mata
Rawatan
  • ·         Jumpa doktor untuk pemerikasaan dan diskripsi rawatan yang betul serta dapatkan nasihat dari doktor tentang punca penyakit dan cara untuk mengelak penyakit ini berjangkit kepada orang terdekat.
  • ·         Perskripsi rawatan mata yang biasa termaksuklah pelindung mata,air titis mata,krim dan antibiotik. Rawatan berbeza mengikut jenis-jenis jangkitan mata yang berlaku,ada yang mungkin perlukan perhatian segera.
  • ·         Menjauhi tempat yang ramai orang,memakai pelindung mata dan menyapu krim anti-jangkitan.
Elak jangkitan mata
  • ·         Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul .
  • ·         Elakkan dari menyentuh muka dan mata.
  • ·         Elakkan alat solekan mata,jangan kongsi alat solekan mata.
  • ·         Jangan kongsi taula,bantal,dan lain-lain pakaian.
  • ·         Gunakan pakaian bersih setiap hari.
  • ·         Jika terkena jangkitan,elakkan memakai kanta lekap.
  • ·         Jangan kongsi ubat rawatan mata dan dapatkan nasihat dari doktor.
  • ·         Sentiasa jaga mata dalam keadaan berangin,panas, berhabuk dan keadaan cuaca yang teruk.
  • ·         Pakai cermin mata keselamatan ketika berada dekat dengan bahan kimia.
  • ·         Basuh tangan sebelum dan selepas,jika menyentuh mata orang lain.
  • ·         Laporkan dan jumpa segera doktor terdapat tanda-tanda jangkitan mata.

Wednesday, December 4, 2013

Sumpah Hang Tuah



Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.

Tuesday, December 3, 2013

TENTANG MUZIK

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:

    Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
    Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan

Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Monday, December 2, 2013

BAJU KURUNG





Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.
Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden.
Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

BAGAIMANA MEMBACA MERANGSANG OTAK



PERTAMA: Membaca satu senaman minda.Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif minda menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.

KEDUA:Otak lebih cepat fokus. Melalui pembacaan,otak akan lebih fokus ketika melakukan sesuatu aktiviti.

KETIGA:Membaca meningkatkan kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya mampu mengeluarkan idea-idea di luar kotak.

KEEMPAT:Membaca rangsang memori. Jik memori tidak dirangsang,ingatan akan lemah.Permainan teka-teki lebih mudah untuk meningkatkan memori. Sekali gus, elak nyanyuk di usia tua.

KELIMA:Membaca tingkatkan kemahiran komunikasi.Dengan banyak membaca,banyaklah pengetahuan yang akan diperolehi sekali gus membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja.

Sunday, December 1, 2013

SILAT:Seni Gayung Fatani



Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut.PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan dengan nam Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002. Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7 peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja, Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia) dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi Semenanjung. Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti, pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.