Thursday, December 5, 2013

AWASI MATA KAMU

Alamak, bangun sahaja dari tidur, mata melekat tidak boleh dibuka .peritny terasa seperti bebola mata ingin keluar.pernah mengalami keadaan ini? Awasi mata kamu daripada penyakit tersebut. Sakit mata bukan hany penyakit biasa kerana ia mampu berjangkit dari orang lain. Dapatkan rawatan doktor segera jika kamu mempunyai simpton-simpton seperti di bawah:-
  
Jangkitan mata
  • ·         Satu penyakit mata yang disebabakan oleh bakteria;viral atau agen fungal.
  • ·         Terdapat beberapa jenis jangkitan mata, akibat dari sebab-sebab berlainan dan setiapnya memerlukan rawatan yang berbeza.
  • ·         Jangkitan boleh berlaku di mana-mana bahagian mata atau kedua-dua belah mata.
  • ·         Boleh berjangkit dengan semua orang tak kira berapa usia mereka. 
 Jenis-jenis penyakit mata
  • ·         Pink Eye (conjunctivitis)
  • ·         Stye
  • ·         Blepharitis
  • ·         Cellulitis
  • ·         Keratitis
  • ·         Corneal Ulcer
  • ·         Trachoma
  • ·         Virus Herpes Simplex
  • ·         Herpes Zoster (shingles)
Tanda-tanda
  • ·         Kemerahan mata
  • ·         Rasa gatal di bahagian mata
  • ·         Rasa tidak selesa
  • ·         Penglihatan jadi kabur
  • ·         Air mata berlebihan
  • ·         Sakit mata
  • ·         Bengkak di kelopak dan bahagian sekitar mata
  • ·         Pengulasan di kelopak mata
Rawatan
  • ·         Jumpa doktor untuk pemerikasaan dan diskripsi rawatan yang betul serta dapatkan nasihat dari doktor tentang punca penyakit dan cara untuk mengelak penyakit ini berjangkit kepada orang terdekat.
  • ·         Perskripsi rawatan mata yang biasa termaksuklah pelindung mata,air titis mata,krim dan antibiotik. Rawatan berbeza mengikut jenis-jenis jangkitan mata yang berlaku,ada yang mungkin perlukan perhatian segera.
  • ·         Menjauhi tempat yang ramai orang,memakai pelindung mata dan menyapu krim anti-jangkitan.
Elak jangkitan mata
  • ·         Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul .
  • ·         Elakkan dari menyentuh muka dan mata.
  • ·         Elakkan alat solekan mata,jangan kongsi alat solekan mata.
  • ·         Jangan kongsi taula,bantal,dan lain-lain pakaian.
  • ·         Gunakan pakaian bersih setiap hari.
  • ·         Jika terkena jangkitan,elakkan memakai kanta lekap.
  • ·         Jangan kongsi ubat rawatan mata dan dapatkan nasihat dari doktor.
  • ·         Sentiasa jaga mata dalam keadaan berangin,panas, berhabuk dan keadaan cuaca yang teruk.
  • ·         Pakai cermin mata keselamatan ketika berada dekat dengan bahan kimia.
  • ·         Basuh tangan sebelum dan selepas,jika menyentuh mata orang lain.
  • ·         Laporkan dan jumpa segera doktor terdapat tanda-tanda jangkitan mata.

No comments:

Post a Comment