Sunday, September 15, 2013

MALAYSIA TANAH AIR TUMPAH DARAHKU



Assalamulaikum.....saya ingnin perkenalkan tanah air tercinta saya iaitu MALAYSIA
PENGENALAN MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Di mana mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan.Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo bersempadankan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Pada zaman dahulu, Semenanjung Malaysia atau Semenanjung Melayu adalah pusat perdagangan utama Asia Tenggara.Negeri Melaka menjadi penghubung kepada India dan China dari segi ekonomi dan menjadi tempat persinggahan untuk peniaga dari kedua buah negara besar Asia itu. Melaka memerintah seluruh kawasan Asia Tenggara termasuk negara moden Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Timor Timur. Dalam tahun 1511, Melaka iaitu negeri yang diperintah oleh Sultan Melaka ditakluk oleh Portugis. Selapas itu, Belanda pula telah menakluki Melaka dalam tahun 1641. Pada tahun 1784, seluruh Empayar Melaka ditakluk oleh Belanda. Tetapi dalam tahun 1824, dengan campur tangan British, Belanda telah meninggalkan Semenanjung Melayu.Kawasan Kepulauan Melayu kecuali Sabah, Brunei, Sarawak, Filipina dan Timor Timur telah diserahkan oleh Sultan Melaka kepada Belanda [Filipina ditakluk Sepanyol dan Timor Timur ditakluk Portugis dalam tahun 1500an].
Mulai tahun 1786 dengan penaklukan Pulau Pinang, Britain telah menjajah Malaysia. Pada tahun 1909, Britain telah memasukkan kembali Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ke dalam Malaysia. Keempat-empat negeri itu telah ditakluki Thailand selama hampir seabad.Malaysia merdeka dari pemerintahan British pada Ogos 31, 1957 sebagai Persekutuan Malaya yang meliputi 11 negeri di Semenanjung Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.Pada September 16, 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah mencapai kemerdekaan dari Britain dan menyertai Malaya. Tanah Melayu telah mengubah namanya kepada Persekutuan Malaysia.Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun 1965. Manakala,Brunei diperintah oleh British sehingga 1 Januari, 1984 apabila negara itu mencapai kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.Sultan Agung Malaysia iaitu Yang Dipertuan Agong dipilih setiap 5 tahun oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai oleh Sultan (atau Raja bagi Perlis dan Yang Dipertuan Besar bagi Negeri Sembilan) yang memerintah 9 negeri beraja - Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri menjalankan pemerintahan sebenar. Pilihanraya untuk Dewan Rakyat, dewan utama Parlimen, diadakan 5 tahun sekali. Ahli Dewan Negara Parlimen dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan (terdiri daripada tiga buah bandar).Berikut ialah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia (ibu negeri dalam kurungan).Johor (Johor Baru),Kedah (Alor Star),Kelantan (Kota Baru),Melaka (Bandaraya Melaka),Negeri Sembilan (Seremban),Pahang (Kuantan),Perak (Ipoh),Perlis (Kangar),Pulau Pinang (George Town),Sabah (Kota Kinabalu),Sarawak (Kuching),Selangor (Shah Alam),Terengganu (Kuala Terengganu).Wilayah Persekutuan mengandungi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
.Negeri terbesar di Malaysia ialah Sarawak (124,450km persegi).Negeri terkecil di Malaysia ialah Perlis (810km persegi).Tempat paling lembap di Malaysia ialah Kuching di Sarawak (lebih daripada 5,080mm setahun).Tempat paling kering di Malaysia ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan (kurang daripada 1,524mm setahun).Kawasan paling padat penduduk di Malaysia ialah Kuala Lumpur (6,074 orang per km persegi).

No comments:

Post a Comment