DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing
diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza
selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti
alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing
peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di
atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada
jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza
terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi
menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak
tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak
najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur
bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing.
Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat
berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair
yang jatuh daripada lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling
canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan
bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu
menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.
Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan
pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak
kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian
dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada
bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada
dinding dalam mulut dan lidahnya.
No comments:
Post a Comment