Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat
tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan
sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut
atau Gayung Pulut.PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat
tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta
mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan
dengan nam Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Perkhidmatan pendidikan
silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi
gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan
Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan
disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah
disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM
moden piawai 2002. Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran
silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7
peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni
dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja,
Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum
silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia)
dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi
Semenanjung. Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti,
pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat
tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah
diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan
silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar
Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas
silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu
kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.
No comments:
Post a Comment