Thursday, September 19, 2013

Pesta Tanglung Pelancongan 1MALAYSIA 2013





faridah akamera
TANGLUNG GERGASI


Kuala Lumpur 19 SEP 2013:  Pesta Tanglung, yang juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh  atau pesta Kuih Bulan, secara tradisinya menandakan berakhirnya musim menuai. Masyarakat Cina Malaysia meraikannya  dengan perjumpaan keluarga, sembahyang, dan kuih bulan, manakala anak-anak akan menunjukkan reka bentuk tanglung terbaru mereka.

Dengan itu Kemerterian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan Pesta  Tanglung Pelancongan  1Malaysia yang bermula  11 hinggga 19 September  2013 bertempat di Certral Market Kuala Lumpur.

Penduduk tempatan dan pelancong yang melawat Central Market Kuala Lumpur dapat menyaksikan pelbagai hiburan budaya dan kemeriahan musim luruh pertengahan. Dalam sambutan dan pelancaran Pesta Tanglung Perlancongan 1 Malaysia atau 1Malaysia Tourism Lantern Festival 2013 pada 14 September, Central Market Kuala Lumpur juga mengadakan pameran yang menakjubkan iaitu 30 tanglung gergasi dan persembahan kebudayaan.

Malahan pameran tanglung gergasi akan dipamerkan sehingga 25 September ini. Oleh itu kepada yang ingin melihat pameran tanglung gergasi masih mempunyai masa sehingga 25 September ini dan ingin maklumat lebih lanjut sila layari portal Central Market.
INFO

1 comment:

  1. Berita tentang Pesta Tanglung amat menarik , kerana ada menerangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan Pesta tersebut. Untuk lebih menarik mungkin penambahan gambar yang unik dipaparkan bagi tarikan masyarakat untuk membaca.

    ReplyDelete