Assalamulaikum wahai insan pilihan.... tidak menjadi
kesalahan andai kita berusaha menjadi yang terbaik dalam hidup kerana berusaha
menjadi yang terbaik itu adalah sesuatu yang hebat.
Kita selalu mendengar kata-kata ini:
Usah dambakan isteri sehebat SITI KHADIJAH jika diri tidak
semulia RASULULLAH S.A.W.
Tidah perlu mimpikan isteri secantik Ratu BALQIS
andai diri tidak sehebat SULAIMAN
Usah mengharapkan suami setampan YUSUF
jika kasih tidak setulus ZULAIKHA
Tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM
jika diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH
Usah bermimpi mendapat lelaki sebijak ALI
jika diri tidak sehebat FATIMAH.
Kata-kata ini yang menjadi pemikiran kita selalu takut untuk
mencari yang terbaik untuk diri kita...
Tidak salah jika kita tukar kata-kata diatas menjadi positif
seperti ini:
Aku dambakan isteri sehebat KHADIJAH
akan aku cuba amalkan akhlak semulia RASULULLAH S.A.W
Jika aku ingin isteri secantik RATU BALQIS maka akan aku
pelajari dan hayati kehebatan SULAIMAN
Jika aku mengharapkan suami setampan YUSUF
kasih setulus ZULAIKHA akan aku usahakan
Aku mencari suami seteguh IBRAHIM
lalu aku harus menjadi sekuat HAJAR dan SARAH
Aku bermimpi mendapat lelaki sebijak ALI
maka aku akan mencontohi kehebatan FATIMAH.
Maka cubalah kita sama-sama mengubah pemikiran kita,memang
ALLAH S.W.T telah takdirkan jodoh buat kita sejak azali lagi,namum ALLAH S.W.T
juga suruh kita berubah menjadi hambaNYA yang terbaik dan mencari teman yang
akan bersama berusaha dan mencari keredhaanNYA didunia dan akhirat...
No comments:
Post a Comment