Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu
[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun
dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai
kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang
sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958,
Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga
Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai
Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus
diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan
tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan
warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu
lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi
mengilat kasut di sebahagian India.
No comments:
Post a Comment