Sunday, October 6, 2013

HIDUP BAHAGIA



As salamu'alaikum. Sahabat tersayang. Ramai yang minta tip untuk dapat HIDUP BAHAGIA. Di antara perkara yang dapat kita lakukan untuk bahagia:

1.Rapatkan hubungan dengan Allah dengan patuh segala perintah Allah,
2.Doa dan zikrullah untuk tenang  dan bahagia,
3.Cuci hati agar dapat tarik bahagia dan perkara positif,
4.Elak dendam dengan kemaafan setiap hari sebelum tidur,
5.Layan orang lain dengan sopan dan kasih sayang agar orang lain layan kita dengan baik,
6.Lihat setiap masalah sebagai cabaran, peluang dan didikan daripada Allah,
 7.Redha dengan qada' dan qadar Allah sebab apa yg Allah tentukan adalah yang  terbaik untuk kita,
8.Bentuk impian yang hebat, sebab orang yang ada harapan sentiasa memandang ke depan dengan positif,
9.Remehkan yang remeh dan besarkan yang benar-benar penting, sebab ramai orang yang tertekan kerana membesarkan perkara yang remeh!
10.Hebahkan kebaikan dan tutup kelemahan orang lain,
11. Orang berjaya tunjuk hasil, orang gagal beri alasan-- jadi elak beri alasan,
12.Fokus kepada apa yg boleh di lakukan sekarang dan lupakan yang lalu,
 13.Elak bandingkan diri dengan org lain sebab semua orang ada kelebihan masing-masing,
14.Pilih kawan-kawan positif yang Allah suka,
15.Jangan risau apa orang lain kata, tapi risaulah apa yang Allah kata,
16. Kurangkan cakap danlebihkan mendengar,
17.Luaskan jaringan sahabat,
18.Menyendiri sekali sekala untuk rawat dan muhasabah diri,
19.Jaga diet-- makanan yg halal, baik dan seimbang,
20.Senaman dengan istiqamah,
21.Bentuk sifat Qanaah,
22. Sentiasa jujur—kerana sekali bohong, kena tutup dgn pembohongan berterusan,
23.Kawal diri & elakkan orang lain yang kawal diri kita,
24.Ubah apa yang termampu, yang lain serah kepada Allah,
25.Hakis sifat takut ,risau dan yakin ketentuan Allah yang terbaik,
 26.Fokus pada satu masalah pada satu masa,
27. Elak bawa masalah hingga ke tidur,
28. Selalu bahagiakan orang lain untuk gamit bahagia,
29.Bentuk rutin harian yang positif dan mengikut syariat,
 30.Programkan minda untuk bahagia,
31.Temui cinta sejati,
32.Hidupkan seberapa banyak sunnah harian,
33.Seimbangkan hidup agar harmoni. Moga Allah rahmati kita semua.

 Amalkan yang termampu dan sebarkan. wassalam.

No comments:

Post a Comment