Thursday, November 21, 2013

Tips Memilih ISO yang sesuai


ISO adalah sensitivity rating untuk sensor cahaya yang berada didalam kamera anda. Selalunya didatangkan dengan nilai :

32, 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600 dsb. Pro camera mungkin  menunjukkan nilai 320, 640 dsb

Berikut adalah table cadangan penggunaan ISO mengikut kesesuaian keadaan cahaya


ISO
Indoor
Outdoor



100

Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sangat sesuai untuk studio fotografi.



Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik.


200

Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.


Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik ataupun sewaktu mendung yang nipis.
  
400

Sesuai apabila digandingkan dengan flash, atau bukaan aperture yang besar.

Sesuai bila mendung tebal atau dibawah bumbung dan cahaya matahari terhalang.



800

Sangat  Sesuai. Anda mungkin boleh boleh menggunakan aperture seperti f2.8. Sekiranya tidak cukup terang, gunakan flash dengan dipantul ke siling.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.


Sesuai apabila matahari mulai terbenam atau dibawah lindungan bumbung yang besar seperti di dalam gelanggang futsal yang tidak berdinding.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise


1600



Sesuai.Anda boleh gunakan aperture medium seperti f4. Hanya gunakan flash apabila terlalu dim.



Apabila menjelang malam, gunakan ISO ini.


3200



Sesuai. Noise mungkin agak tinggi. Anda mungkin boleh menggunakan aperture f5.6



Tidak sesuai waktu siang. Gunakan waktu malam bila terlalu gelap dan tiada flash.








 

No comments:

Post a Comment